Saturday 6 June 2015

PERCUTIAN SAYA DI MELAKA (CONTOH KARANGAN)

     Pada minggu lepas, saya dan keluarga saya telah pergi bercuti di Melaka. Pada pukul 11.00 pagi, kami telah bertolak menuju ke destinasi kami. Selepas dua jam, kami tiba di sana. Ayah telah menempah sebuah hotel di "A' Famosa Resort".
      Selepas itu, kami telah ke bilik hotel lalu meletakkan barang-barang kami ke dalam bilik. Kami telah makan tengah hari di Restoran Dapur Penyet. Makanan di sana sungguh sedap. Kami telah makan dengan berselera. Selepas makan tengah hari, kami telah ke Muzium Samudera.
   Muzium tersebut dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka.
       
             
        Kemudian, kami telah pergi ke Kota A 'Famosa. Kota 
A 'Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Kami telah mengambil sebuah gambar bersama-sama sebagai kenang - kenangan. Selepas makan malam, saya dan keluarga saya telah pulang ke hotel untuk merehatkan diri.


         Pada keesokan harinya, kami telah bersiap - siap untuk bermandi-manda di kolam renang di resort itu.Saya dan kakak saya telah membina sebuah istana pasir dengan menggunakan alat - alat yang dibawa. Air kolam renang tersebut sungguh sejuk dan menyenangkan. 


         Pada pukul 8.00 malam, kami telah menyaksikan "Red Indian Show". Sebuah pertunjukkan api telah diadakan. Pada masa itu, kami boleh merasakan kepanasan api tersebut. Selepas pertunjukkan itu, kami telah pulang ke hotel untuk berehat.


         Pada hari seterusnya, kami telah bertolak pulang. Kami telah tiba di rumah pada pukul 11.00 pagi. Saya berharap kami dapat melawat Melaka pada cuti sekolah yang akan datang.